Your 1st One Stop Movies Centre. Movies streaming & download

Intro COMP Vision - Pencetus Teknologi Informasi Terkini





Thursday, March 12, 2009

Antivirus, Spyware, Adware dan Trojan Remover


Antivirus, Spyware, Adware dan Trojan Remover

Kesemua di atas adalah merupakan anasir-anasir jahat di dalam komputer kita dan kita wajib tahu cara-cara untuk membuang virus-virus tersebut.

Anda boleh enggunakan beberapa perisian atau software bagi membanteras virus-virus yang berbahaya ini seperti:-

  1. Antivirus
  2. Spyware Remover
  3. Adware Remover
  4. Trojan Remover

Terdapat 2 jenis perisian antivirus yang boleh dikatakan ramai orang Malaysia kita guna, iaitu AVG FREE dan Kaspersky. Sebenarnya, masih banyak lagi perisian antivirus yang dijual di luar sana, dan Buta IT sendiri menyukai 2 jenis iaitu :-

  1. Bit Defender
  2. Kaspersky

Kedua-dua perisian antivirus ini mendapat tempat di dalam carta 10 antivirus, tahun 2009, dan didahului oleh Bit Defender di tangga pertama dan Kaspersky di tangga kedua. (Link ke Carta 10 Antivirus). Jangan Lupa! Belilah Yang Original!, kedua-dua antivirus ini tidak semahal yang disangkakan, Buta IT telah membeli perisian Bit Defender dengan harga tidak sampai RM100 untuk lesen selama 3 tahun! Manakala, Kaspersky sedikit mahal dan lesennya pula adalah dalam peringkat setahun.

Bagaimana untuk membuang Virus?

  1. Pasang atau Turn ON komputer anda.
  2. Sebelum memasuki ke Windows anda, tekan F8 dan pilih safe mode.
  3. Setelah anda masuk ke dalam safe mode, masuk ke dalam antivirus anda.
  4. Jalankan SCAN antivirus untuk seluruh komputer anda, jika anda ada lebih dari satu drive, scan juga yg lain.
  5. Virus adalah lebih mudah dicari sekiranya anda berada di dalam safe mode.

Spyware, adware dan trojan remover akan dibincangkan kemudian.

P.S. - Jika anda ingin renew atau beli serial key antirus, boleh lah ke sini

http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/16297-hot-and-spicy-antivirus-kaspersky-2009-kis-rm25-kav-rm20.html