KEPENTINGAN ANTIVIRUS
GANGGUAN teknikal pada sistem komputer sebolehnya dielak kerana hanya melambatkan proses kerja. Paling stress, setiap kali ada tugasan penting hendak diselesaikan, detik itu jugalah komputer meragam.
Salah satu penyebab masalah teknikal pada sistem komputer ialah isu serangan virus. Masalah ini sering berpunca daripada tindakan pengguna sendiri hingga komputer dihinggapi virus yang merebak dan merosakkan bahagian tertentu.
Virus berbahaya kepada komputer kerana dengan pantas boleh memenuhi memori peralatan ini. Virus kemudian melumpuh atau menjadikan sistem komputer tidak lagi berfungsi. Lebih serius lagi, ia boleh disebarkan melalui jaringan (network) dan menembusi sistem keselamatan komputer.
Jika diperhatikan, ramai pengguna kurang prihatin dalam melengkapkan komputer dengan sistem perlindungan virus serta ancaman lain terhadap sistem komputer.
Ramai juga hanya menggunakan program keselamatan dan antivirus yang dimuat turun secara online. Program ini lazimnya cuma boleh digunakan dalam tempoh tertentu serta agak lemah dalam mengekang kehadiran virus terutama virus baru. Kesannya, komputer terdedah dengan serangan virus dan ancaman lain.
Mengapa pengguna perlu mengambil berat soal virus komputer?
Menurut laporan terbaru Symantec mengenai ancaman keselamatan internet, jumlah dan penyebaran kod program yang merosakkan (malicious code) meningkat dengan pantasnya tahun lalu.
Ini menyebabkan Symantec perlu mencipta lebih daripada 1.6 juta malicious code signature yang baru untuk membantu menghalang 245 juta cubaan serangan malicious code di seluruh dunia pada setiap bulan, sepanjang tahun lalu.
Ancaman terhadap komputer menjadi semakin rumit malah bentuk ancaman berkembang lebih daripada sekadar virus. Ancaman dari aktiviti online yang makin berkembang juga sedikit sebanyak mengubah konsep perlindungan komputer untuk bertindak terhadap ancaman seperti trojan horses, worms dan spyware yang sering datang dari laman web yang dilayari. Ini secara tidak langsung meletakkan pengguna dalam risiko ruang siber.
Lihat saja berapa banyak aktiviti online yang kita lakukan hari-hari, sama ada menghantar atau menerima emel; berkongsi foto dan fail; bersembang; bermain permainan online; muat turun muzik; video dan sebagainya.
Malangnya, apa saja yang kita simpan dalam komputer berdepan dengan risiko setiap kali kita online termasuk identiti, kata laluan dan maklumat peribadi kita.
Virus komputer hanya sebahagian kecil daripada ancaman komputer. Biasanya, ia dimuat turun secara tidak sengaja dan akan ‘tinggal’ dalam sebuah fail. Apabila anda membuka fail itu, virus menjadi aktif.
Ini boleh memberi kesan serius. Antaranya, merosakkan sistem komputer, mencuri maklumat identiti anda, menjangkiti fail yang anda hantar kepada orang lain selain tersebar sendiri kepada sesiapa yang berada dalam buku alamat emel anda.
Bagaimana virus disebarkan?
Ketika anda melayari internet, ada banyak cara untuk anda terjebak dengan serangan virus yang merosakkan. Senario yang lazim berlaku, pencipta virus akan mengeksploitasi browser anda yang terdedah kemudian memuat turun malicious code pada bahagian latar belakang, ketika anda melawat sesebuah laman.
Ada juga yang menggunakan skrip program yang kecil untuk menyerang komputer ketika anda melawat sesebuah laman dan mengaktifkan program yang sedia ada di situ.
Dalam pautan (attachment) emel pula, pencipta virus suka menghantar e-mel kepada banyak alamat pada satu masa serta cuba menarik perhatian penerima emel untuk mengaktifkan virus yang sudah mereka sembunyi dalam fail pautan yang dihantar dalam emel itu. Kaedah yang sama juga dilakukan dengan pautan fail pada mesej segera atau instant messenger (IM).
Penggodam masa kini menggunakan pelbagai muslihat untuk ‘memujuk’ anda membuka dokumen Word yang mempunyai virus, antaranya dengan menampakkan seolah-olah ada mesej penting untuk anda dalam dokumen berkenaan.
Contohnya, ketika perhatian tertumpu kepada penularan wabak H1N1 sekarang ini, ramai penggodam menyebarkan emel yang mempunyai pautan Adobe yang bertajuk Swine influenza frequently asked questions.pdf.. Apabila pengguna membuka fail berkenaan, malcode di dalam pdf akan cuba meninggalkan malware dalam sistem komputer pengguna itu.
Satu lagi ancaman atau jenayah siber yang membimbangkan adalah phishing. Penjenayah siber ini menggunakan spam, laman web palsu, crimeware dan teknik lain untuk mengelirukan orang lain hingga mereka memberi maklumat peribadi yang sepatutnya dirahsiakan. Apabila memperoleh maklumat itu, mereka akan menggunakannya untuk mencuri atau menjual maklumat pengguna itu kepada pasaran gelap yang dipanggil underground economy.
Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya.Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer.
Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat pereka. Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.