Your 1st One Stop Movies Centre. Movies streaming & download

Intro COMP Vision - Pencetus Teknologi Informasi Terkini





Saturday, March 14, 2009

Download Movie Youtube Dari Laman Web

Seringkali kita menonton movie secara online tanpa boleh memuat-turun movie tersebut samada menerusi laman web Youtube, laman web TV-3, Gua.com.my atau dari mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan sebegini.

Untuk kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda cara untuk menmuatturun movie tersebut ke dalam komputer anda.

1. Sila download Real Player (Versi-11) yang terbaru. Jika anda sudah mempunyai Real Player sila up-dated real tersebut atau buat re-install. Sila download real dari laman web Real.com

Install real player versi-11 ke komputer anda.
2. Bila sudah install real player versi-11 ke komputer anda sila buka laman web yang mengandungi movie yang anda ingin download.

3. Apabila movie berjaya dimainkan di komputer anda sila gerakkan mouse anda ke dalam bahagian video tersebut kemudian menu download real player akan keluar. Klik download this video menerusi real player ini.

4. Kemudian biar proses downloding ke komputer anda sehingga selesai.

5. Segala file download menerusi real player akan masuk ke dalam My Document - My Videos - dan lihat Folder Realplayer Download. Segala file di sini adalah format FLV. Anda perlu menggunakan Player yang boleh memainkan video format FLV seperti Gom Player dan sebagainya. Untuk mendapatkan player FLV ini sila lihat kategori Software, topik- Gom Player. Tajuk yang akan datang saya akan ceritakan bagaimana untuk convert dari format FLV ke format 3gp, mpeg-4 atau avi.

6. Jika anda telah mendownload Real Player versi-11 ini tapi masih belum keluar link download pada movie yang anda tonton secara online seperti nota di atas mungkin Internet Explorer anda versi lama. Sila gunakan Mozilla Firefox untuk membuka laman web yang ingin di-download tersebut. Lihat tajuk akan datang untuk mendownload Mozilla Firefox.