Your 1st One Stop Movies Centre. Movies streaming & download

Intro COMP Vision - Pencetus Teknologi Informasi Terkini





Thursday, March 12, 2009

Spyware Detector Percuma


Spyware Removers

Jika anda mencari software-software percuma untuk menghalang spyware dan adware, terdapat beberapa software yang percuma dan juga bagus untuk digunakan sekiranya anda tidak ingin untuk mengeluarkan duit.

Berikut ialah beberapa anti-spyware software yang saya gunakan:-

  • Spybot Search And Destroy

Spybot search and destroy berfungsi untuk mencari spyware-spyware di dalam komputer anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah Update software tersebut dan apabila sudah selesai update, anda perlu tekan pada “immunize” beberapa kali. Setelah selesai, scan kan komputer anda. Jika ada sebarang spyware yang dijumpai, anda harus buangkan ia.

  • Spyware Blaster

Spyware Blaster lebih mudah, ianya tidak memerlukan sebarang scan pada komputer anda. Anda hanya perlu download, install dan update sahaja, ianya bertindak menghalang spyware masuk ke dalam komputer anda.

  • Ad-aware

Ad-aware merupakan software yang hampir serupa dengan software anti-spyware, namun ianya bertindak menghalang sebarang virus-virus pengiklanan yang pasti membuat anda geram dan marah, kadang-kala membawa gambar-gambar lucah. Sebagai keselamatan komputer dan juga anak-anak anda, software ini adalah bagus untuk digunakan. Ianya juga perlu diupdate dan melakukan scanning pada komputer anda.

  • Win Patrol (Advanced Users)

Sebuah software yang tidak ada kena mengena dengan spyware atau adware secara terus menerus tetapi merupakan software yang memerhati Registry komputer anda. Setiap penambahan atau penukaran file registry akan diberitahu oleh sistem ini. Sistem ini mempunyai satu anjing kecil yang akan menjaga registry anda dan memberitahu jika berlaku apa-apa. Sistem ini adalah bagi mereka yang mempunyai pengalaman lebih didalam bidang komputer.